1,000 penduduk miskin dibantu agensi kerajaan

webmaster

KOTA BHARU: Seramai 1,000 penduduk miskin yang tinggal di kawasan dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menerima sumbangan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, sumbangan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM150,000.

Katanya, mereka terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan orang kurang upaya. (Foto: Dr Izani Husin menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin.)

“Selain wang tunai sebanyak RM120 mereka juga diberi sumbangan barangan keperluan harian. Program ini dianjurkan setiap tahun bagi membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya pada program itu di Madinah Ramadan.

Sumbangan berkenaan ditaja anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). – HARAKAHDAILY 1/6/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Perutusan Nuzul Al-Quran MB Kelantan

FIRMAN Allah SWT: رَفِيعُ الدَّرَجَاتِ ذُو الْعَرْشِ يُلْقِي الرُّوحَ مِنْ أَمْرِهِ عَلَىٰ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ لِيُنْذِرَ يَوْمَ التَّلَاقِ “(Dialah) Yang Maha Tinggi, yang mempunyai ‘Arsy, yang menurunkan Al-Quran dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya supaya ia memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan (hari kiamat)”. (Al-Mu`min: 15) Al-Quran disebut […]

Subscribe US Now