1018 ASNAF DUN KEMAHANG TERIMA SUMBANGAN RM149 RIBU

TANAH MERAH – Program Kelantanku Cakna Peringkat DUN Kemahang menghimpunkan 1018 penerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Exco Kerajaan Negeri, YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abdul Rahman menyampaikan sumbangan tersebut kepada 888 armalah, 100 anak yatim dan 30 orang kelainan upaya (OKU) melibatkan RM149 ribu dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan tersebut.

Beliau yang juga ADUN Kemahang berharap dengan sumbangan yang disampaikan oleh Kerajaan Negeri itu dapat membantu meringankan beban penerima menyambut Hari Raya Aidilfitri yang kian menjelma.

“Menatap wajah-wajah ini, melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana dapat bersama terlibat di dalam kerja kebajikan di bawah dasar Merakyat Membangun Bersama Islam,” katanya selepas menyampaikan bantuan tersebut di Masjid Mukim Alor Pasir, Tanah Merah, pada 11 April.

Tazkirah Ramadan disampaikan Imam Masjid Mukim Alor Pasir, Ustaz Yahya Daud sebelum majlis penyerahan sumbangan bermula.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg

Pautan

(Visited 9 times, 3 visits today)

Add Comment