Kelantan rai penakluk Kutub Selatan

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan turut berbangga di atas kejayaan penjelajah negara yang menakluk Kutub Selatan, Shahrom Abdullah.

Hari ini anak jati Felda Chiku, Gua Musang berkunjung ke pejabat Menteri Besar untuk berkongsi detik kejayaan menawan bumi yang paling hujung di benua selatan.

“Ini adalah pencapaian bertaraf dunia sehingga berjaya mencipta satu lagi rekod baharu anak Malaysia di persada antarabangsa.

“Shahrom merupakan rakyat Malaysia yang pertama merentas benua Antartika dengan berski sejauh hampir 900 kilometer,” kata Ustaz Datuk Ahmad Yakob ketika merai penjelajah tersebut.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah dan anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri.

Shahrom berjaya sampai ke mercu tanda di titik pusat Kutub Selatan hanya dalam tempoh 37 hari 4 jam berbanding jangkaan awal iaitu selama 60 hari.

Beliau melengkapkan misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 menjejaki titik pusat Kutub.

Shahrom, 36, menamatkan misi itu dengan berski dari Messner Inlet ke titik sifar darjah Kutub Selatan sejauh 890 kilometer. –HARAKAHDAILY

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan negeri, Pemuda PAS bantu mangsa ombak

KOTA BHARU: Mangsa ombak besar di Pulau Kundur dekat sini mendapat simpati kerajaan negeri dan Pemuda PAS Kelantan. Pagi tadi mangsa-mangsa ombak terbabit menerima sumbangan disampaikan Ketua Pemuda PAS negeri, Ahmad Fadhli Shaari dan anggota-anggota exconya. Beliau berkata sumbangan itu diharap sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung mangsa-mangsa ombak […]

Subscribe US Now