Penduduk bantah bina rumah kekal di padang bola

webmaster

KUALA KRAI: Selepas lebih setahun bah besar berlalu, baru sehari dua ini kerajaan pusat dikatakan memulakan kerja-kerja membina penempatan baru di Kampung Manjor dekat sini.

Penempatan baru yang dicadangkan itu melibatkan padang di Kompleks Sukan Manjor. Difahamkan sebanyak 33 rumah kekal bakal dibina di kawasan seluas lebih 7 ekar.

Tanah itu dikatakan dimiliki Kesedar dijadikan kompleks sukan yang turut dilengkapi padang bola, gelanggang futsal, wakaf dan astaka kecil.

ManjorBantah2Bagaimanapun malangnya cadangan membina penempatan baru menimbulkan bantahan penduduk termasuk penyokong Umno di Kampung Manjor.

Petang semalam mereka mengadakan perhimpunan aman membantah kerja-kerja membina rumah di padang tersebut, dikendalikan kerajaan pusat.

Penghulu Mukim Manjor Mohd Asri Mohd Noor berkata bantahan terbabit diadakan petang semalam sebahagian besar dihadiri penyokong Umno peringkat cawangan.

Malah katanya, pagar besi juga dipasang malam tadi bagi menghalang lori membawa bahan binaan masuk ke padang tersebut.

“Penduduk tidak berpuas hati kerana padang permainan akan lenyap sekiranya didirikan rumah kekal mangsa banjir di tapak tersebut.

“Kompleks sukan itu merupakan janji Umno ketika pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada 2009. Sekiranya padang itu dibina rumah, gelanggang sukan tidak ada lagi di Manjor,” katanya di sini.

Beliau juga berkata sehingga sekarang hanya sebuah keluarga mangsa banjir di Manjor yang masih tinggal di rumah transit.

“Saya difahamkan penempatan baru yang dicadangkan itu akan ditempatkan sebahagian besar mangsa banjir dari tempat lain,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/2/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan terus pertahan pendidikan agama

KOTA BHARU: Mengurus 89 sekolah agama dengan bilangan pelajar lebih 37,000 orang bukan tugas mudah. Paling terasa kos pengurusan yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri. Bagi pemimpin Umno Kelantan teori mereka mudah, serah sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) kepada kerajaan pusat bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan negeri. Sebaliknya […]
KOTA BHARU: Mengambil kira dasar pendidikan tinggi Islam di negara ini tidak menepati nilai sebenar, Kelantan cuba mengisi kelompangan itu

Subscribe US Now