Baca, internet percuma

KOTA BHARU – Masyarakat setempat boleh mendapatkan bahan bacaan dan melayari internet secara percuma di setiap daerah dan kawasan di negeri ini.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK), Mohamad Othman, sehingga kini, PPAK telah diperluaskan ke cawangan Jeli, Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh, Bachok dan Gua Musang.

“Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan PPAK cawangan yang dilengkapi dengan kemudahan bacaan, internet dan komputer secara percuma.

“Malah, PPAK juga turut mempunyai 33 Pustaka Desa termasuk di kawasan terpencil antaranya Dabong, Chiku 1 dan Salor.

“Sesiapa sahaja boleh berkunjung ke PPAK tanpa mengira lapisan usia kerana bahan bacaan yang disediakan merangkumi semua peringkat. Kebanyakan pengunjung adalah di kalangan pelajar,” katanya.

Mohamad berkata, bukan bagi mereka yang tidak tahu, ada yang sanggup ke pusat Internet yang berbayar untuk mendapatkan maklumat yang dicari.

Katanya lagi, ibu bapa juga boleh datang membawa anak-anak beriadah di PPAK untuk memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi.

“Bukan hanya untuk pelajar, bagi keluarga juga, boleh berkunjung ke sini sekiranya ada kelapangan. Kita menyediakan ruang yang kondusif untuk keluarga.

“Setakat ini, bilangan kunjungan di tahap yang memberangsangkan terutamanya di Kota Bharu dan Pasir Puteh, namun kita mahu bilangan itu lebih meningkat lagi dengan adanya kesedaran di kalangan ibu bapa,” katanya. [SINAR HARIAN]

(Visited 10 times, 1 visits today)

Add Comment