Tomato Lojing terbaik di Malaysia

webmaster

LOJING: Jangan terkejut apabila diberitahu tomato yang dikeluarkan di tanah tinggi Lojing antara yang terbaik di Malaysia.

Kota Bharu 11 Mac 2008 - Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadap Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra pada majlis perlanyikan dan angkat sumpah di Istana Kelantan semalam. GAMBAR : HAFIZ JOHARI / PEMBERITA: TARMIZI / SLUG - PERLANTIKAN

Malah tomato Lojing turut dipasarkan ke Singapura dan Dubai serta memenuhi pasar raya di seluruh negara.

Apa keistimewaan Lojing sehingga mampu menghasilkan tomato bermutu tinggi dengan saiz lebih besar berbanding dikeluar di Cameron Highlands.

Penyelia syarikat Fresh Momentum Sdn Bhd, Mr Tan memberitahu faktor cuaca menjadi indikator utama membolehkan Lojing menghasil tomato bermutu tinggi.

“Cuaca di sini sejuk dan panas membolehkan buah tomato membesar dengan lebih cepat berbanding dengan yang ditanam di Cameron Highlands.

“Tomato perlukan juga cuaca agak panas sedikit bagi membolehkan membesar lebih cepat,” katanya di sini.

Fresh Momentum mengusahakan ladang tomato di beberapa lokasi di tanah milik Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd (KPKB) di Lojing.

KPKB memperkenal Model Pembangunan Pertanian Tanah Tinggi lestari di Lojing atau dikenali projek “Nukleus Green Valley-Lojing” di kawasan seluas 213.4 ekar.

Model pembangunan itu mendapat pengiktirafan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai projek perintis bagi kawalan hakisan dan kelodakan di Malaysia.

Projek perintis itu meliputi kelulusan penilaian kesan ke atas alam sekitar (EIA), Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP), Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodakan (ESCP) serta Environment Audit.

Kompenan pembangunan projek Green Valley Lojing merangkumi konsep pertanian bersepadu (intergrated farming) penanaman sayuran, buah-buahan dan bunga tanah tinggi mengguna kaedah ‘infra green house’.

Fresh Momentum juga memiliki mesin mengred buah tomato yang dikendalikan sembilan pekerja.

Tan berkata tomato yang dihasilkan syarikat itu digred kepada enam kategori iaitu XXL, XL, LL, L, M dan S.

Kota Bharu 11 Mac 2008 - Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadap Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra pada majlis perlanyikan dan angkat sumpah di Istana Kelantan semalam. GAMBAR : HAFIZ JOHARI / PEMBERITA: TARMIZI / SLUG - PERLANTIKAN

Pegawai Perkhidmatan Kawasan Pertanian Lojing, Mohd Hazani Zakaria turut mengakui tomato dikeluarkan di Lojing bermutu tinggi berbanding dihasilkan di tempat-tempat lain di Malaysia.

Katanya tanaman kekal pengeluaran makanan (TKPM) di Lojing antara yang terbaik di Malaysia.

“TKPM Lojing mengungguli anugerah pengurusan TKPM cemerlang sejak 2013,” katanya.

Tanaman tomato fertigasi menyumbang hasil sebanyak RM1.06 juta kepada enam peserta TKPM sepanjang tahun lepas dengan pengeluaran sebanyak 561,184 kg.

Pengurus Besar KPKB Abdul Aziz Yunus juga mengakui tomato yang dihasilkan di Lojing antara yang terbaik di Malaysia. –HARAKAHDAILY 1/3/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Undang-undang kawal gejala sosial di Kelantan

KOTA BHARU: Kelantan mencadang transfomasi undang-undang kecil di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengawal gejala sosial kalangan anak-anak muda. Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri mencadang kajian khusus dilakukan untuk meminda Undang-Undang Kecil Taman Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) 1986. Katanya, pindaan itu dilakukan bagi menangani […]

Subscribe US Now