KOTA BHARU: Seramai 114 penduduk Kampung Jubakar Pantai beruntung apabila mereka menerima surat kebenaran permohonan milik tanah kerajaan.
Sedangkan tanah tersebut pada asalnya dirancang untuk pembinaan rumah mampu milik.
Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yakob, berkata tanah berkenaan diambil balik semula kerajaan negeri dengan kos RM1.4 juta.
Katanya langkah itu dibuat demi kepentingan rakyat untuk membolehkan mereka terus tinggal di kawasan tersebut.
“Akhirnya tanah tersebut diberikan kepada mereka. Dengan pemberian surat kebenaran sekarang, mereka dapat tinggal di situ tanpa sebarang masalah.
“Cuma mengikut Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat penduduk perlu membayar premium tanah,” katanya pada majlis berkenaan petang semalam.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Abdullah Mat Nawi, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Datuk Nazman Muhamad serta Ketua Jajahan Tumpat, Rosnazli Amin. – HARAKAHDAILY 26/1/2017