Kelantan sedia hantar pendakwah ke madrasah BN

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia menghantar tenaga pengkuliah di masjid atau madrasah yang dinaungi Adun Barisan Nasional (BN) sekiranya ada permintaan.

NUSSURUDDINPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Nassurudin Daud berkata tenaga pendakwah dari Unit Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) tidak pernah mengajar memburukkan mana-mana pemimpin.

“Kita tidak pernah ajar untuk buruk-burukkan sesiapa, namun kalau pemimpin itu sudah buruk orang ramai sedia maklum,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya, kalau ada permohonan daripada Adun Paloh kerajaan negeri sedia untuk menghantar pengkuliah dari Halaqat mengajar di surau miliknya.

Menjawab soalan asal Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) katanya kelas tafakuh fiddin diadakan membabitkan pendahwah Halaqat dengan kerjasama Jaheaik dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.

Katanya mulai Mac ini akan dilancarkan kursus-kursus bersiri yang dirancang melibatkan tenaga pengkuliah Unit Dakwah Halaqat.

Selain itu kelas mingguan atau dua minggu sekali yang dikendalikan guru-guru dari pondok dan pensyarah institusi pengajian tinggi. –HARAKAHDAILY 8/3/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hemodialisis; 159 pesakit menunggu

Kota Bharu – Sehingga Mac 2016 terdapat 171 mesin dialisis di seluruh pusat hemodialisis kerajaan dan 231 buah mesin di pusat hemodialisis swasta. Manakala pada masa ini terdapat seramai 159 pesakit berada dalam senarai menunggu untuk menjalani rawatan dialisis di seluruh Kelantan. Demikian jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan […]

Subscribe US Now