Ustaz Ahmad nasihat Husam hadir mesyuarat

webmaster

Kota Bharu – YAB Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob menasihatkan ADUN Salor, Dato’ Husam Musa hadir mesyuarat bagi mendapatkan maklumat terkini dan gambaran yang jelas berkaitan perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri.

IMG_7386Ustaz Ahmad menyifatkan perkara yang dibangkitkan Husam sepatutnya tidak berbangkit sama sekali seperti isu pembalakan di Ulu Tersat yang telah lama selesai. Husam turut mempersoal kerajaan berikutan kelulusan tender kepada Liziz Plantation.

“Kalaulah sahabat kita Salor datang dalam pre council dan juga mesyuarat Perhubungan, jelas benda ini tak ada masalah. Kita boleh beri dengan sejelas-jelasnya in sha Allah,” jelas Ustaz Ahmad ketika menggulung perbahasan yang dibangkitkan ahli dewan.

Sebelum itu, beberapa wakil rakyat dari pihak kerajaan turut menegur tindakan Husam yang dilihat tidak kena pada waktu dan tempatnya di samping mengemukakan fakta yang tidak tepat dan terkini boleh menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan yang diterajui YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan pertingkat kuasa Mahkamah Syariah

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan melulus pindaan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah bagi meningkat bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah. Pindaan itu membolehkan Mahkamah Rendah Syariah membicara dan memutuskan segala tindakan berkaitan pertikaian pusaka yang tidak melebihi RM200,000. Sedangkan sebelum ini Seksyen 14(1) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 memperuntukkan […]

Subscribe US Now