12 negara sertai Pesta Wau Antarabangsa Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Sebanyak 12 buah negara akan menyertai Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2018.

Pesta itu akan melibatkan 30 orang peserta luar dan 250 keseluruhan peserta dalam negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Dato’ Mejar (B) Md Anizam Abd. Rahman, memberitahu pesta berkenaan akan bermula 2 sehingga 4 Ogos ini di Pantai Geting, Tumpat.

Anizam berkata, pihaknya menjangkakan seramai 50,000 pengunjung akan datang ke pesta berkenaan sepanjang empat hari yang bermula jam 9 pagi sehingga 7 petang.

“Ini kerana banyak aktiviti berlangsung sepanjang pesta ini,” ujarnya.

Tambahnya, lebih dari 20 acara yang akan dipertandingkan sempena pesta wau itu, antaranya Wau Kucing Tradisi Naik Peringkat Kebangsaan, Membuat Wau Tradisi Peringkat Kebangsaan, layang-layang Rokakku dan banyak lagi.

Jelasnya, manakala untuk pertandingan wau bercahaya pada 8 Ogos bermula 9 malam di tempat yang sama. – HARAKAHDAILY 1/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7630-12-negara-sertai-pesta-wau-antarabangsa-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Minta segera atasi 'banjir termenung' Sg Golok

KUALA LUMPUR: Masalah ‘banjir termenung’ yang sering berlaku di tebing Sungai Golok, Tumpat perlu segera diatasi Kerajaan Persekutuan, demikian digesa Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (PAS – Tumpat). Menurut beliau, banjir ini yang berlaku setiap tahun pada skala besar melibatkan kawasan sangat luas dan jangkamasa lama telah memberi kesan buruk kepada […]

Subscribe US Now