Tumpat – Madrasah Al- Badriah Pondok Jal Besar yang dihuni 120 pelajar musnah dalam kebakaran kira-kira jam 8 malam tadi.
Kebakaran itu menyebabkan 60 pondok tempat tinggal pelajar musnah.
“Dua jentera dari Balai Bomba Tumpat dan Pengkalan Kubor dengan kekuatan anggota seramai 10 orang ke lokasi kejadian untuk operasi memadam kebakaran.
“Semasa anggota bomba sampai, api sudah marak, kesemua pelajar selamat,” katanya.

Sementara itu, Mudir pondok itu, Saifulbaharin Che Ali berkata, 60 daripada 100 pondok musnah dalam kebakaran itu.
Katanya, ketika kejadian dia tiada di pondok itu kerana mengajar di Masjid Kampung Delima.
‘”Saya dapat tahu pondok ini terbakar selepas dihubungi pelajar pondok ini,” katanya.