Bawa Dr Zakir Naik ke kelantan ?

webmaster
N.34 TEMANGANKOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersedia menjemput Dr Zakir Naik mengadakan ceramah di negeri ini selain disertai badan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk berdialog secara terbuka dengan beliau.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri akan menghubungi penganjur dalam masa terdekat untuk tujuan itu.

“Mungkin beliau (Dr Zakir) masih mempunyai masa untuk datang berceramah di sini (Kelantan) dan kita akan memberi tajuk yang sesuai.

“Insya-Allah, ia akan berlandaskan Islam dan keharmonian sejagat serta bagi mengikis salah faham, dan budaya ekstremisme di kalangan pelbagai agama di negara ini,” katanya kepada media di sini, tadi.

Diminta mengulas mengenai ceramah Dr Zakir sama ada menghina agama lain, Mohamed Fadzli berkata, Kerajaan Kelantan menyifatkan Dr Zakir tidak mempunyai unsur merosakkan perpaduan kaum malah lebih kepada membuka minda dan menganjurkan kebaikan.

Beliau berkata, amat malang apabila ada pihak melihat secara negatif terhadap Islam sehingga membawa usaha menghalang Dr Zakir memberi ceramah agama.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sungai Golok cetek, jalan kaki ke sempadan Thailand

RANTAU PANJANG: Bot dan perahu yang menyediakan perkhidmatan membawa penumpang menyeberangi Sungai Golok ke negara jiran kini tidak lagi dapat beroperasi. Paras Sungai Golok cetek dan timbul pasir di tengah sungai membolehkan orang ramai hanya berjalan kaki ke Thailand. Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata paras air […]

Subscribe US Now