14 PELAJAR YIK MEMPEROLEHI 10 MUMTAZ DALAM SEMUA MATA PELAJARAN STAM 2019

webmaster

Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan pada tahun 2019 ialah seramai 1893 pelajar daripada 25 pusat peperiksaan. Daripada jumlah calon tersebut, seramai 1234 pelajar atau 65.19 peratus memperolehi lulus peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (Lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan tersebut.

Keputusan ini menunjukkan penurunan sebanyak 1.14 peratus berbanding tahun 2018. Pencapaian terbaik 10 Mumtaz semua mata pelajaran peringkat Yayasan Islam Kelantan ialah seramai 14 calon. Pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 131 calon berbanding 147 calon pada tahun 2018. Pencapaian pangkat Jayyid Jiddan (Amat Baik) seramai 394 calon pada tahun 2019 berbanding 407 calon pada tahun 2018. Pencapaian peringkat Jayyid (Baik) seramai 579 calon berbanding 655 calon pada tahun 2018 dan pencapaian pangkat Maqbul (Lulus) seramai 130 calon berbanding 164 calon pada tahun 2018.

Manakala bagi pencapaian gred purata peringkat Yayasan Islam Kelantan menunjukkan penurunan daripada 2.84 pada tahun 2018 kepada 2.88 pada tahun 2019. Pencapaian lulus mengikut pangkat juga menunjukkan penurunan iaitu 65.19% berbanding 66.33% pada tahun 2018.

Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat memperolehi (GPS : 1.92) diikuti Maahad Muhammadi Perempuan memperolehi (GPS : 2.11) dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman memperolehi (GPS : 2.35).

Melalui keputusan yang diumumkan ini, adalah diharapkan agar semua pihak yang terlibat sama ada para guru, ibu bapa dan pelajar dapat meneruskan kecemerlangan pada masa-masa akan datang. Saya mewakili Yayasan Islam Kelantan mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar cemerlang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung atas pencapaian ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan JAKIM atas usaha yang berterusan membangun dan memajukan sistem pendidikan agama dan arab di negeri ini.- FB YAYASAN ISLAM KELANTAN 22/01/2020

Sumber: https://www.facebook.com/YayasanIslamKelantan/posts/2757354740974619

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

30 Tahun MBI: Syarahan khas Presiden PAS 5 Feb

KOTA BHARU: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bakal menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk ‘Pemetaan Baru Dunia Islam’ pada 5 Februari depan di Balai Islam Lundang, di sini. Pengarah Program, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, majlis yang diadakan sempena tiga dekad pentadbiran ‘Membangun Bersama Islam’ (MBI) ini […]

Subscribe US Now