14 program khusus rai OKU di Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Kecaknaan kerajaan Kelantan terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) terbukti apabila menganjurkan 14 program khusus bagi meraikan golongan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata antaranya peruntukan RM500,000 sebagai pemberian ‘one off’ kepada OKU miskin.

“Seramai 2,705 OKU berdaftar menerima sumbangan ini sejak 2013. Manakala bagi yang sakit diberi kerusi roda, katil khas dan anggota palsu,” katanya di sini.

Selain itu kata beliau kerajaan negeri juga menggubal Dasar Berkebajikan dan Kesejahteraan pada 2015 untuk memastikan nasib OKU lebih terbela.

Kerajaan negeri menganjurkan iftar OKU peringkat negeri sejak 2008.

Program yang baharu diperkenalkan iaitu Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri.

“Pada sambutan itu anugerah diberikan kepada OKU yang berjaya dalam pelbagai bidang termasuk pelajaran dan tilawah al-Quran,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/6/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Dasar Berkebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan

Dasar Berkebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan digubal sejak tahun 2013 dan dibentangkan kali pertama pada 2015 di program Kolokium Dasar Berkebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan. Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now