15 resolusi himpunan NGO Kelantan

webmaster

LEBIH 53 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan menyatakan keazaman untuk terus bersama dan menyokong kerajaan negeri bagi mengekalkan pemerintahan PAS pada penggal akan datang.

Ia merupakan sebahagian 15 resolusi Sidang 2017, Pendayaupayaan NGO Kelantan yang diadakan di Hotel Grandriver View, dibacakan oleh Pengarahnya, Dr. Nazmi Ghazali Azmi petang tadi di sini.

Majlis yang dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Dato’ Abdullah Ya’kob turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Dr. Ramli Mamat.

Resolusi tersebut diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Dr Ramli Mamat oleh Pengarah Sidang 2017 merangkap Pengerusi KNK untuk tindakan selanjutnya.

Bagi menyatakan sokongan itu, semua wakil NGO menandatangani Piagam NGO Pertahan Kelantan yang disaksikan dan penyerahan tandatangan itu kepada kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 17/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pelajar Malaysia ditahan di Mesir, kedutaan digesa ambil peranan

SUSULAN penangkapan dan tahanan lokap ke atas beberapa orang pelajar Malaysia di Mesir pada waktu ini oleh pihak berkuasa Mesir, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) menyeru pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Kerajaan Malaysia memberi perhatian serius untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan segera. ILMAM dimaklumkan bahawa pelajar yang […]

Subscribe US Now