Pindaan Akta 355 – Bukan Islam tidak perlu bimbang

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Dato’ Ustaz Nassuruddin Daud menegaskan bahawa masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang dengan pindaan Akta 355 bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah kerana ia tertakluk kepada 4 syarat utama pemakaian undang-undang berkenaan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (pindaan 2015).

“Dalam Seksyen 2 disebut dari segi pemakaian undang-undang ini hanya kepada orang Islam yang mukallaf yang melakukan kesalahan di bawah Kanun Jenayah Syariah ini di negeri Kelantan, jelas Dato’ Ustaz Nassuruddin Daud.

Syarat-syarat itu jelas tidak melibatkan masyarakat bukan Islam kerana 4 syarat utama adalah (1) Islam, (2) Mukallaf, (3) Melakukan kesalahan di bawah Kanun Jenayah Syariah dan (4) Melakukan kesalahan di negeri Kelantan.

ruu1Dalam Wacana RUU 355 – “Kenapa Menentang?” Ustaz Nassaruddin turut menyentuh kenapa pindaan Akta 355 dibawa oleh ahli parlimen pembangkang dari PAS menerusi Usul Rang Undang-undang Persendirian bukannya pihak kerajaan sendiri.

“Kalau nak tunggu Kerajaan Pusat, dia kena persetujuan Majlis Raja-raja (semua Sultan) tapi kalau kita yang bawa, Sultan Kelantan telah restui. Dalam Majlis Perasmian Dewan Undangan Negeri, Tuanku Sultan Kelantan restu pelaksanaan syariat Islam di Kelantan,” ujar beliau.

Lanjutan daripada itu, Kerajaan Negeri bersetuju memberikan laluan kepada Ahli Parlimen Marang yang juga merupakan Presiden PAS membawa Usul Persendirian bagi tujuan meminda Akta 355 yang akhirnya diberi laluan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment