Hemodialisis; 159 pesakit menunggu

webmaster

Kota Bharu – Sehingga Mac 2016 terdapat 171 mesin dialisis di seluruh pusat hemodialisis kerajaan dan 231 buah mesin di pusat hemodialisis swasta. Manakala pada masa ini terdapat seramai 159 pesakit berada dalam senarai menunggu untuk menjalani rawatan dialisis di seluruh Kelantan.

Demikian jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Dr Ramli Mamat sewaktu menjawab soalan tambahan ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim,.

Menjawab soalan asal daripada ADUN sama tentang cadangan untuk mewujudkan Pusat Dialisis bagi membantu pesakit buah pinggang, beberapa kajian perlu dilakukan sebelum menerima cadangan tersebut kerana ia melibatkan komitmen dan implikasi kewangan yang tinggi seperti penyediaan tempat, penyelenggaraan yang memerlukan tenaga kerja, pegawai perubatan terlatih yang mempunyai sijil kursus bagi tempoh tertentu di pusat dialisis seliaan pakar buah pinggang (nephrologist).

Pusat ini juga memerlukan pemantauan dari nephrologist, hubungan dengan pihak hospital selain keperluan-keperluan berkaitan.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Banjir: Pusat hanya siap 25 peratus rumah kekal

KOTA BHARU: Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan tidak menolak kemungkinan beliau tidak mendapat data mengenai rumah kekal mangsa banjir yang siap dibina selepas Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir dibubar. Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jawatankuasa itu sudah dibubar atas persetujuan bersama kerajaan negeri. “Bagaimanapun saya berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan […]

Subscribe US Now