168 Kontraktor Tempatan Terbabit Cabutan Undi

webmaster

MACHANG – Seramai 168 kontraktor di Jajahan Machang meliputi tiga kawasan parlimen telah berjaya mendaftar bagi kerja-kerja cabutan undi pada Majlis Cabutan Undi Bagi Kerja-Kerja Di Bawah Peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Jajahan Machang yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang semalam.

Berucap merasmikan majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor berkata, melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperuntukkan dana RM 6.4 juta bagi kerja-kerja di seluruh negeri Kelantan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Katanya, kerja-kerja cabutan undi di Jajahan Machang adalah melibatkan sejumlah 23 kerja-kerja ditawarkan secara undi dengan kos keseluruhan sebanyak RM 460,000.00.

“Projek ini merupakan salah satu projek kerajaan yang dilaksanakan bertujuan untuk mengatasi masalah banjir akibat sistem saliran dan alor yang tersumbat jika tidak diurus dengan baik.

Pihak kerajaan negeri amat berbesar hati kerana pembabitan kontraktor tempatan bersama-sama dengan pihak JPS dalam menjayakan program ini,” katanya.

Tambahnya, inisiatif yang dihasilkan oleh kerajaan hari ini dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara dan negeri Kelantan khususnya.

Program ini merupakan program kedua sesudah diadakan di Jajahan Kota Bharu pada September lepas yang membabitkan sebanyak 100 kerja yang bernilai RM 2 juta dengan kontraktor berdaftar seramai lebih 500 kontraktor.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,

Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, YB Ustaz Azhar Salleh, Timbalan Ketua Jajahan Machang, YM Tengku Sharifuddin Dato’ Tengku Shah Buddin dan Timbalan Pengarah JPS Kelantan, Marina Marican Abdullah.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PELAN TINDAKAN KOMUNIKASI BERSEPADU BAKAL DIWUJUDKAN

    oleh Norzana Razaly KOTA BHARU – Menjelang tiga dekad pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) Kerajaan Negeri Kelantan, kemantapan tadbir urus jentera pentadbiran negeri semakin diperkukuh. Satu lagi kerjasama strategik di antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dijalinkan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang […]

Subscribe US Now