Tukar sampah dengan telur

webmaster

MACHANG – Majlis Daerah Machang (MDM) membelanjakan lebih RM300,000 setahun bagi tujuan pengurusan sampah dengan berat purata 100 tan metrik sehari.

image (3)
Mohd Zainudin (kiri) melancarkan Skuad Cakna Kebersihan dan gotong-royong perdana.

Yang Dipertua MDM, Mohd Zainudin Mohamed berkata, pihaknya memandang serius soal kebersihan di jajahan ini dengan melaksanakan pelbagai pendekatan termasuk menubuhkan Skuad Cakna Kebersihan dan memperkenalkan sistem barter.

Katanya, kos dan jumlah sampah boleh dikurangkan jika semua pihak main peranan bagi sama-sama menjaga kebersihan dan tidak meletakkan tanggungjawab tersebut kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata.

“MDM telah melantik Skuad Cakna Bersih yang terdiri daripada 100 belia sebagai mata dan telinga untuk menyalurkan apa saja maklumat berkaitan kebersihan kepada pihak PBT.

“Dalam masa sama, kita juga memperkenalkan sistem tukar dalam usaha menggalakkan orang ramai melaksanakan kitar semula barangan terpakai.

“Barangan yang dikitar semula akan ditukar dengan telur bermula Oktober ini,” katanya selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada Skuad Cakna Bersih dan merasmikan Program Gotong-Royong Perdana di sini, kelmarin.

Gotong-royong tersebut membabitkan kerjasama 30 agensi kerajaan dan swasta dengan lebih 100 peserta bersama-sama membersihkan Pasar Machang dan kawasan sekitar.

Hadir sama, Pengerusi Kebersihan, Shaikhuddin Safie.

Mohd Zainudin berkata, selain kempen menjaga kebersihan, pihaknya turut mengeluarkan 40 kompaun atas pelbagai kesalahan berkaitan sampah dalam usaha menguatkuasakan penjagaan kebersihan.

Katanya, kompaun tersebut membabitkan pelbagai kesalahan yang mana melibatkan pelbagai pihak terutama peniaga yang membuang sampah pukal secara haram.

Tambahnya, penguatkuasaan serius akan dilaksanakan tahun depan dan pihaknya tidak teragak-agak mendakwa pesalah di mahkamah. [SINAR HARIAN ONLINE – 30 0G0S 2016]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

CUTI PERISTIWA DI KELANTAN PADA 11 SEPTEMBER 2016

Sempena sambutan hari raya Aidiladha pada tahun ini, saya mengumumkan cuti peristiwa pada 9 Zulhijjah 1437 bersamaan 11 September 2016 iaitu sehari sebelum tarikh hari raya Aidiladha. Cuti peristiwa ini adalah semata-mata untuk memberi ruang kepada rakyat membuat persediaan bagi menyambut hari raya korban. Saya berharap seluruh rakyat dapat meraikan […]
GUA MUSANG: Ada gerakan Islam luar negara terkejut apabila mendapat tahu ada pemimpin Melayu mahu menjatuhkan Kerajaan Islam, di sini

Subscribe US Now