MACHANG – Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan RM30,000 kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak yatim termasuk bantuan pendidikan kepada para pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Insitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTA) kepada rakyat DUN Temangan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Hassan berkata melalui program KelantanKu Cakna seramai 190 asnaf dipilih menerima bantuan tersebut.
“Kerajaan Negeri Kelantan sangat komited soal kebajikan golongan OKU dan anak yatim di negeri ini. Bantuan yang diberi juga bukan sahaja pada bulan Ramadan, malah tiap-tiap tahun kita adakan program dan aktiviti bersama mereka.
Oleh itu, kita harap sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada penerima yang berkelayakan bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba,” katanya selepas menyampaikan bantuan tersebut di Dewan Dato’ Haji Hassan, Batu 30, semalam.
Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan telah menyampaikan sumbangan kepada golongan Armalah bagi Fasa 1 pada 13 April dan Fasa 2 pada 16 April.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita4ptg