20 Kenderaan Sertai Kembara Jelajah Kelantan Selatan

KOTA BHARU– Persatuan Mawaddah Kelantan (PEMAKEL) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) buat julung kali mengadakan Kembara Jelajah Kelantan Selatan bagi menyampai sumbangan kepada asnaf dan mengeratkan hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan masyarakat Kelantan Selatan.

Program kembara selama dua hari satu malam itu akan merentasi beberapa daerah di Machang, Kuala Krai, Dabong dan Gua Musang.

Yang DiPertua PEMAKEL, Hamdan Ismail bekata 20 kenderaan ahli PEMAKEL menyertai program itu yang turut meliputi pemberian sumbangan kepada asnaf di Jajahan yang dilalui dan perlawanan bola sepak persahabatan bersama penduduk di Gua Musang.

“Konvoi bertujuan mengeratkan hubungan dengan masyarakat Kelantan Selatan selain ingin memberi penjelasan secara telus kepada masyarakat tentang dasar kerajaan dan kejayaan kerajaan negeri,” katanya di majlis pelepasan konvoi di sini hari ini.

Acara pelepasan telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail.

Program yang diadakan dengan kerjasama PKINK, Yayasan Amanah Tok Kenali, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Pertubuhan Amal Darulnaim (PADU) itu turut mempromosi PKINK selaku agensi kerajaan negeri yang mengungguli kebajikan rakyat Kelantan.- PKINK 13/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment