200 ikuti Daurah al Quran setiap hari

webmaster

KOTA BHARU: Program Daurah al-Quran yang dianjurkan sempena Ramadan di Kelantan disertai kira-kira 200 peserta setiap hari di Madinah Ramadan.

Mereka mendaftarkan secara online untuk menyertai program tersebut termasuk dari luar negara.

Pengarah Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Ustaz Ropein Hassan berkata, rakyat Malaysia yang berada di luar negara termasuk Timur Tengah dan Eropah juga boleh mengikuti program tersebut.

“Lebih-lebih lagi kepada Kelantan hendaklah merebut peluang untuk belajar mendalami ilmu yang terkandung dalam al Quran,” katanya di sini.

Pogram Daurah al Quran diadakan di Madinah Ramadan bermula tahun lepas. Sesi pengajian bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Pembelajaran secara atas talian melalui https://www.openlearning.com

Hari ini pelajar mengikuti kupasan juzuk ke-5 yang dikendalikan Senator Ustaz Muhammad Mustapha. – HARAKAHDAILY 21/5/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 6

RENUNGAN hari ini sekitar perbincangan ayat berkaitan pengharaman bangkai, darah, daging babi dan perkara lain yang memudaratkan manusia. Allah S.W.T melarang keras daripada memakan perkara yang memudaratkan dan menamakan perkara tersebut sebagaimana dalam firman-Nya: حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ […]

Subscribe US Now