200 KOTAK MAKANAN DIAGIH UNTUK MANGSA BANJIR

TUMPAT – Sebanyak 200 kotak makanan diagihkan kepada mangsa terkesan banjir bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu, semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah di Dewan Serbaguna Pejabat Penggawa Daerah Wakaf Bharu.

Beliau berterima kasih khususnya kepada Penggawa Kanan Daerah Wakaf Bharu, Sabari Rashid, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan kepada semua yang terbabit menjayakan program ini.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliayatBerita9pg

Pautan: 200 KOTAK MAKANAN DIAGIH UNTUK MANGSA BANJIR

(Visited 5 times, 1 visits today)

Add Comment