200 petugas Khidmat Malaysia berbakti di Tumpat

webmaster

LEBIH 200 petugas Khidmat Malaysia dari seluruh negara berhimpun di Pantai Sri Tujoh, Tumpat bagi mengadakan persiapan menghadapi kemungkinan berlaku bencana.

Program dua hari itu disertai Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat, Ameerah, Kelab Kembara 4×4, Nusaibah dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob malam kelmarin.

Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad berkata, badan itu perlu melangkah jauh ke hadapan bagi menjadikan peranannya lebih berkesan dalam usaha membantu rakyat.

“Kita hanya mahu petugas terlatih dalam operasi menyelamat bukan hanya minat semata-mata dan berperanan sebagai pelatih apabila pulang ke kawasan masing-masing,” katanya pada program tersebut.
Hadir sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan; Pengarah Himpunan Petugas Bencana Khidmat Malaysia (Hebat 2.0), Dr Izani Husin dan anggota Exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi.

Kursus dua hari diisi dengan pelbagai modul antaranya SOP Pengurusan Bencana Khidmat Malaysia, perubatan kecemasan, operasi menyelamat dalam air, komunikasi dan pengurusan psikologi mangsa bencana.

HEBAT 2.0 di Tumpat turut membina dua telaga tiub untuk kegunaan penduduk Kampung Simpangan dan Kampung Bendang Pa’yong.

Selain itu mengorbankan empat lembu bagi menjayakan dapur rakyat di Pengkalan Kubor. – HARAKAHDAILY 22/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Rakyat beruntung Kelantan ditadbir ulama

BIARPUN ada pihak cuba membayangkan akan berlaku tsunami politik di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, namun orang ramai di sini melihat situasi sebaliknya. Kekalahan PAS pada PRU 1978 kerana faktor kejayaan Umno memecahkan PAS dari dalam sehingga munculnya Berjasa yang bersekongkol dengan Umno ketika itu. Namun kali ini kondisinya […]

Subscribe US Now