200,000 penyokong RUU 355 dijangka sertai H355

webmaster

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200,000 penyokong RUU 355 dijangka akan membanjiri Padang Merbok pada 18 Febuari ini sebagai menyatakan solidariti ummah terhadap pindaan akta itu yang akan dibentangkan pada Mac ini.

Pengarah Himpunan 355 Nasrudin Hassan berkata, jangkaan jumlah kehadiran penyokong pada hari itu nanti berdasarkan kepada gelombang rakyat yang dapat disaksikan dari seluruh negara.

Katanya, walaupun tapak Padang Merbok hanya dapat menampung sekitar 40,000 hingga 50,000 peserta tetapi pihak PDRM dan DBKL akan memberi kerjasama untuk membuat sekatan jalan di beberapa kawasan sekitar bagi menampung jumlah peserta.

“Kita minta kerjasama PDRM dan DBKL yang akan membuat sekatan jalan bermula di Jalan Parlimen bagi memberi ruang kepada peserta untuk mengikuti himpunan itu nanti,” katanya.

Bercakap di dalam sidang media di MyHarakah Bazaar, katanya seramai 2500 hingga 3000 anggota Unit Amal akan bertugas bagi membantu peserta himpunan.

Manakala seramai 2000 sukarelawan dan 500 skuad khas bagi memantau perjalanan program agar tidak berlaku provokasi dan perkara yang mencurigakan.

Himpunan yang dijangka akan bermula jam 2.00 petang Sabtu ini akan menampilkan seramai 21 pemidato bagi mengisi ruang program yang akan berakhir kira-kira jam 11 malam.

Antara tokoh dan individu yang dijemput iaitu Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengarah Yadiem Dr Yusri Mohamad, dan Pengerusi Kongres Rakyat Mohd Azmi Abd Hamid serta Datuk Dr Hassan Ali.

Manakala beberapa NGO yang akan mengambil bahagian pada sesi sebelah petang di himpunan itu antaranya, wakil Petubuhan Ayahanda Malaysia, Permata, Iktihad, Batas, Serikandi, Ameerah dan beberapa wakil Ahli Parlimen Islam.

Sekretariat himpunan turut mengadakan munajat perdana, solat Maghrib, Isyak berjemaah dan tazkirah kemudian diikuti pidato oleh tokoh-tokoh terkenal sehingga jam 11.00 malam.

“Para peserta digalakkan membawa sejadah, air wuduk, dan alas duduk. Saya ingatkan pemandu bas yang membawa peserta datang lebih awal supaya tidak berlaku kesesakan,” kata Nasrudin. – HARAKAHDAILY 15/2/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

NGO Kelantan bina telaga tiub di sempadan Myanmar

  KOTA BHARU: NGO Cakna Palestin dan Royalti melaksanakan projek membina 25 telaga tiub di Kem Pelarian Kutupalong, Teknaf di sempadan Myanmar dan Rakhine. Projek terbabit dilaksanakan juga di Teka, Rohingya bagi mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan pelarian Rohingya. Timbalan Presiden II Cakna Palestin, Abdul Shakur Sharrie berkata program […]

Subscribe US Now