205 pelajar SK Aring terkandas

webmaster

GUA MUSANG – Seramai 205 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Aring 1, di sini terkandas apabila jambatan Sungai Lebir di Aring 6 dan jambatan Aring 2, ditenggelami air.

Guru besar, Banun Mat Jusoh berkata, pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada kawasan Aring 2, 3, 5, 6, 8, 10, 11 dan perumahan kilang sawit Aring A.

“Pagi tadi, saya dimaklumkan bahawa jambatan berkenaan tidak dapat dilalui kerana tenggelam. Malah, pelajar terpaksa berpatah balik ke rumah.

“Saya berharap ia hanyalah sementara kerana sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa,” katanya lagi. [SINAR HARIAN]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan sumbang van bantu OKU ke hospital

KOTA BHARU: Kelantan merupakan negeri pertama di negara ini menyumbang kenderaan khas bagi mengangkutan orang kurang upaya (OKU) untuk mendapat rawatan di hospital. Van berkenaan bernilai RM152,000 diserahkan kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini. Penyerahan tersebut disampaikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob kepada Pengarah Kampus […]

Subscribe US Now