22 QARI DAN QARIAH SERTAI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

webmaster

oleh Muhamad Asri Hamat

KOTA BHARU: Seramai 22 orang qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim di Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 1441H/ 2020M.

Sepuluh orang qari dan sepuluh orang qariah mewakili setiap jajahan di Kelantan. Manakala seorang qari dan seorang qariah lagi merupakan johan menunggu.

Majlis yang akan diadakan di dewan besar Kompleks Islam Darulnaim Lundang (Balai Islam) bermula 12 hingga 15 Januari 2020 bertujuan untuk memilih peserta yang akan mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob (Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan) pada 12 Januari 2020 jam 8.30 malam. Manakala majlis pengurniaan hadiah akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V pada 15 Januari 2020 jam 8.45 malam.

Tema majlis tilawah Al-Quran peringkat negeri Kelantan pada tahun ini ialah ” Negara Rahmat Ummat Sejahtera”.

Majlis tilawah bermula jam 8.30 malam pada 12 hingga 14 Januari 2020. Semua dijemput hadir beramai-ramai.- UPKN KELANTAN 11/1/2020

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PPR AYER LANAS, JELI UNTUK DIMILIKI

Permohonan Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Lanas, Jeli boleh dibuat sekarang. Rumah telah siap dibina. 150 unit. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di Bahagian Perumahan (Blok 2) Pejabat SUK Negeri Kelantan atau boleh membuat permohonan secara online di website sistem pengurusan perumahan negara (sprn.kpkt). Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi […]

Subscribe US Now