2,448 keluarga terima sumbangan ADUN

webmaster

TANAH MERAH: Sebanyak 2,448 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau menerima sumbangan keperluan harian daripada wakil rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood berkata, sumbangan itu diagih melalui fasa satu, dua dan tiga.

Katanya, penghulu mukim akan menyelaras pengagihan tersebut bagi membantu penduduk yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

“Penghulu juga dibantu NGO, imam dan sukarelawan bagi meringankan bebanan penduduk yang terjejas,” katanya ketika ditemui semasa mengagihkan sumbangan di Kampung Kelewek hari ini.

Sebanyak 900 kilogram ikan disumbang kepada penduduk di Kampung Kelewek bagi meringankan bebanan mereka yang terjejas.

Abdul Fattah yang juga Timbalan Speaker DUN Kelantan berkata, bantuan fasa pertama melibatkan beras, gula, tepung dan telur, manakala fasa kedua juga melibatkan beras dan fasa ketiga ikan.

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/09/2448-keluarga-terima-sumbangan-adun/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hasil perikanan seluruh negara cukup untuk pengguna

KUALA LUMPUR: Keperluan hasil perikanan untuk memenuhi pasaran dan permintaan domestik kekal mencukupi walaupun ketika negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, keperluan tersebut bahkan masih mempunyai lebihan 30,000 tan metrik berbanding 155,000 tak […]

Subscribe US Now