KOTA BHARU– Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kali Ke-18 telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Lundang pagi tadi. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau berkata:
“KIAS kini yang telah mempunyai 13 program Diploma, 2 program Peringkat Sarjana Muda dengan KUIN Kedah, 1 program diperingkat Sijil dan setelah mendapat kelulusan MQA, KIAS akan memulakan 2 program baru iaitu Diploma Takaful dan Diploma Pengurusan Halal. Ini adalah suatu pencapaian yang sangat membanggakan. Disamping kerjasama Akademik dengan IPT dalam dan luar negara yang sentiasa dipertingkatkan bagi memberi lebih banyak peluang kepada lepasan KIAS menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi”.
Seramai 260 orang graduan pelbagai bidang telah diraikan sempena Istiadat Konvokesyen tersebut. Turut berucap di majlis penuh gemilang tersebut, Profesor Dr Abdul Aziz Mohd Zin, Ketua Eksekutif KIAS dan YB Dato’ Hj Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS Darulnaim Sdn Bhd. FB DATO’ AHMAD YAKOB 23 OGOS 2016