300 peserta ladang rakyat terima dividen

 

KUBANG KERIAN: Seramai 300 peserta ladang rakyat menerima dividen masing-masing bagi Parlimen Kubang Kerian untuk bulan Julai Ogos dan September.

Jumlah tersebut merangkumi 100 orang bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan itu seperti Dun Demit, Dun Pasir Tumbuh dan juga Dun Salor.

Majlis penyerahan dividen tersebut disempurnakan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau di sini.

Datuk Che Abdullah Mat Nawi berharap agar setiap peserta dapat berperanan sebagai jentera pilihan raya yang komited mempertahankan pemerintahan Islam.

“Kita adalah mereka yang berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada gerakan serta jemaah Islam di Kelantan,” katanya di Masjid Kompleks Darul Huda disini.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Perbadanan Ladang Rakyat berkata, usaha kerajaan negeri mempertahankan agama Islam merupakan tanggungjawab bersama.

Ia sekaligus menafikan fitnah parti serpihan PAN untuk memberi kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Sebelum ini wakil rakyat Dun Wakaf Baru itu menegaskan PAN dilahirkan untuk dijadikan tali hayat kepada DAP di Pantai Barat dan tongkat Umno di Pantai Timur. – HARAKAHDAILY 17/12/2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment