380 guru Yik dinaik skim perkhidmatan

webmaster

KOTA BHARU: Seramai 380 guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) menerima tawaran kenaikan skim perkhidmatan mereka.

KOTA BHARU: Mengambil kira dasar pendidikan tinggi Islam di negara ini tidak menepati nilai sebenar, Kelantan cuba mengisi kelompangan ituGuru ganti ditawar skim perkhidmatan guru elaun dan guru elaun kepada guru sandaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, usaha tersebut turut melibatkan naik taraf guru lama kelulusan diploma kepada skim ijazah.

Katanya, ia merupakan langkah penstrukturan semula agensi pendidikan seperti dijanjikan PAS dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu.

“Kerajaan negeri bersetuju hanya menawarkan dua skim perjawatan guru di sekolah Yik iaitu guru sandaran dan tetap.

“Kenaikan jawatan sebahagian guru hari ini adalah bagi menjayakan usaha tersebut. Selebihnya kita buat dari semasa ke semasa,” katanya selepas majlis penyampaikan surat tawaran guru berelaun 2019 di Dewan Besar Yik di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Yik, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus; Timbalan Pengarah Akademik, Ustaz Mohd Zaki Deraman dan Timbalan Pengarah Kenaziran, Wan Khazimi Ismail.

Akademi Islam pindah

Beliau turut memaklumkan berhubung perpindahan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) di Nilam Puri dekat sini yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.

Menurutnya, usaha itu sebagai memenuhi syarat menaik taraf Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) kepada status kolej universiti.

Katanya pengosongan itu sebagai syarat untuk menaik taraf Kias dengan memiliki kampus yang lebih sempurna.

“Saya dimaklumkan proses perpindahan ini sedang dijalankan, insyallah akhir tahun ini dijangka selesai. Kita minta Universiti Malaya terus kekal di Kelantan,” katanya.

Difahamkan Akademi Islam UM ditawarkan bekas kampus Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di Mukim Telong, Bachok. – HARAKAHDAILY 25/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10789-380-guru-yik-dinaik-skim-perkhidmatan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Gotong royong bersih pasar sebulan sekali

KOTA BHARU: Semua pasar utama di seluruh Kelantan disaran ditutup urus niaga sebulan sekali bagi membolehkan gotong royong membersih pasar diadakan. Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap jajahan perlu merancang perkara tersebut untuk menjayakan hasrat itu. Menurutnya ia bertujuan untuk memberi peluang peniaga dan orang […]

Subscribe US Now