45 Adun Kelantan angkat sumpah Khamis ini

webmaster

KOTA BHARU – Kesemua 45 Adun Kelantan yang menang bertanding pada PRU14, 9 Mei lepas akan mengangkat sumpah pada Khamis ini.

Ia merangkumi 37 Adun dari PAS dan lapan Adun dari BN.

Speaker dan Timbalan Speaker Dun Kelantan turut akan dilantik pada majlis angkat sumpah itu yang akan diadakan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Bagaimanapun, majlis angkat sumpah berkenaan tidak akan dihadiri Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.

Sidang Dun Kelantan bagi penggal pertama akan berlangsung pada 23 Julai ini selama tiga hari dan akan dirasmikan Pemangku Raja Kelantan.

Pada PRU14 lepas, PAS melebarkan jumlah kerusi yang dimenangi kepada 37 berbanding 32 yang dimenanginya pada PRU13 di Dun dengan 45 kerusi itu.

Parti lain yang bertanding seperti PKR, Bersatu dan Amanah dari Pakatan Harapan serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon bebas gagal mendapat sebarang kerusi.

Ia sekali gus menyaksikan tiada wakil rakyat sama ada di peringkat Dun mahupun Parlimen dari Pakatan Harapan yang kini membentuk Kerajaan Persekutuan di negeri ini. – BERNAMA 25/6/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jawatankuasa khas tangani royalti petroleum

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa khas bagi membuat persiapan berhubung pembayaran royalti petroleum. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH) mengumum akan membayar royalti minyak kepada Kelantan pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini. Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now