45 Dun Kelantan gotong-royong, penularan Zika

webmaster

N.10 BUNUT PAYONGKOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menyarankan 45 Dun di negeri ini memantau, meneliti dan menjalankan aktiviti gotong-royong bagi mengelak penularan wabak Zika.

Exco Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Dr Ramli Mamat berkata, walaupun negeri ini bebas daripada wabak tersebut, namun itu bukan alasan untuk semua pihak berdiam diri dan tidak melakukan langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian.

zika1“Buat masa ini kita sudah arahkan 45 Dun tersebut untuk bersihkan kawasan rumah, taman dan secara keseluruhannya bagi memastikan faktor-faktor yang membawa kepada wabak Zika dan denggi dapat dicegah,” katanya kepada media di sini.

Beliau ditemui ketika hadir ke program World #QuranHour di Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Beliau memberitahu, semua pihak terutamanya agensi kerajaan dan NGO seharusnya mengambil langkah awal dan berganding bahu bagi melaksanakan pelbagai skop pencegahan penularan wabak tersebut.- WARTAWAN SINAR HARIAN 11 SEPTEMBER 2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Persekutuan wajar contohi polisi Rumah Selangorku

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan disarankan mencontohi polisi pembinaan Rumah Selangorku yang giat dilaksanakan di Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, hal itu kerana polisi perumahan di Selangor berkesan menyelesaikan masalah harga rumah mengikut pasaran semasa. Beliau berkata, polisi itu menetapkan […]

Subscribe US Now