450 jurutera berkampung di Kelantan

KOTA BHARU: Seramai 450 jurutera dan pengurusan syarikat pengendali industri air dari seluruh Malaysia akan berkampung di Kelantan pada akhir bulan ini.

Mereka akan menyertai Persidangan dan Pameran Malaysian Water Engineers Action Committee (MyWAC) edisi ke-31 pada 25 hingga 28 November ini di Hotel Grandriver View.

Ketua Jabatan Teknikal Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Lt. Ir Tengku Iskandar Tengku Ismail berkata, persidangan tahunan itu melibatkan penyertaan pengiat industri air, konsultan, pemaju, kontraktor dan syarikat dalam bidang berkenaan.

“Persidangan itu mendapat akreditasi daripada Lembaga Jurutera Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan pengiktirafan Pembangunan Sumber Manusia Berhad,” katanya kepada pemberita sempena majlis makan malam muhibbah bersama pengamal media di di sini malam tadi.

Turut hadir Pengurus Perancangan dan Pembangunan AKSB, Mohd Hilmi.

Sebanyak 18 kertas kerja akan dibentangkan pada persidangan itu termasuk dari Thailand. – HARAKAHDAILY 8/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8647-450-jurutera-berkampung-di-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
80Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment