5 BLOK CARI GALI MINYAK DI PERAIRAN KELANTAN

webmaster

oleh Aslani M

KOTA BHARU: Biarpun ada pihak cuba mempertikaikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum, namun tanpa sedar terdapat 5 blok penggerudian minyak dan gas di perairan negeri itu.

Presiden Pertubuhan R Kelantan Nazri Deraman berkata, blok terbabit iaitu Blok JDA, Blok PM3/CAA, Blok PM301, Blok PM302 dan Blok PM302.

Katanya, Blok JDA merupakan kawasan pembangunan bersama Malaysia dan Thailand yang diwujudkan melalui perjanjian 21 Februari 1979 di mana pengeluaran bermula pada 2005.

Kata beliau anggaran pengeluaran gas 790 mmscfd (284 trillion kaki padu setahun).

“Anggaran pengeluaran minyak dan gas 60,000 tong sehari bersamaan USD1.149 bilion (RM4.94 billion).

“Dan royalti 5 peratus yang diterima oleh Malaysia hendaklah dikongsi sama rata antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kelantan iaitu 2.5 peratus bagi setiap pihak.

“Royalti 5 peratus milik Kelantan dianggarkan RM124 juta setahun,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 23/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13718-5-blok-cari-gali-minyak-di-perairan-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

BELANJAWAN 2020 : KE ARAH MANA EKONOMI GIG DAN ANAK MUDA?

1. SAYA terpanggil untuk menulis berhubung topik ini selepas mendengar jawapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat minggu lepas berhubung langkah kerajaan untuk membela pekerja-pekerja yang berada di dalam industri ekonomi gig. Di dalam menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (PH-Bagan Serai) yang ingin tahu adakah kerajaan akan mengadakan […]

Subscribe US Now