500 gotong royong bersih rumah mangsa banjir

webmaster

TUMPAT: Hampir 500 peserta daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai program ‘gonyoh dan gaha’ di lokasi terlibat banjir baru-baru ini.

Mereka membersihkan rumah penduduk, institusi pendidikan, pasar, surau dan masjid.

Program itu dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pagi tadi.

Pengarah program, Mohd Khalik Mat Zari berkata sebanyak 30 NGO dan pelbagai agensi kerajaan menjayakan aktiviti pembersihan itu.

Antaranya Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Amal, Majlis Daerah Bachok, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dan beberapa syarikat swasta.

Beliau berkata antara lokasi gotong-royong tersebut iaitu Pengkalan Kubur, Kijang Sebidang dan Bendang Pakyong.

“Kami membahagikan semua tempat kepada kumpulan yang ditetapkan dengan kerjasama penghulu dan penggawa. Ia bertujuan meringankan beban penduduk yang terlibat dengan banjir.

“Usaha ini juga bagi memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta tanpa mengira latar belakang fahaman politik masing-masing,” katanya ketika ditemui.

Sebelum itu mereka berkonvoi sejauh 15 kilometer dari Masjid Ismaili di Pasir Pekan ke Kampung Bendang Pakyong.

Sementara itu seorang penduduk Kampung Kubang Sawa Mohd Farih Mohd Nawawi, 30 berkata, beliau berterima kasih kepada 40 anggota Jabatan Amal Ketereh membersihkan kediamannya.

Katanya juga semua alat elektrik di rumahnya rosak kerana ditenggelami banjir. – HARAKAHDAILY 10/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Adun nafi jambatan konkrit runtuh

TANAH MERAH: Kerajaan negeri menafikan dakwaan penduduk jambatan yang dibina di Kampung Pulau Raya runtuh akibat banjir baru-baru ini. Sebaliknya Adun Bukit Panau Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata jalan yang menyambung ke jambatan terhakis akibat arus deras. “Jambatan berkenaan tidak runtuh sebaliknya jalan di bahagian tebing yang dihakis arus banjir. […]

Subscribe US Now