59 penghulu bukan Islam di Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Biarpun sebagai kaum minoriti di Kelantan namun masyarakat Tionghua sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri.

Malah kerajaan negeri juga membina pintu gerbang khas di Dataran Cheng Ho di Jalan Kebun Sultan Kota Bharu sebagai menggambarkan kewujudan komuniti tersebut di Kelantan.

Selain itu seramai 59 penghulu mewakili masyarakat Cina, India dan Siam juga dilantik kerajaan negeri.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, masyarakat bukan Islam di Kelantan merupakan golongan minoriti.

“Tetapi sumbangan mereka terhadap perkembangan ekonomi negeri adalah sangat besar.

“Dalam menjaga keharmonian sosial, kemajuan ekonomi dan kestabilan politik inilah kita memerlukan kerjasama segenap lapisan masyarakat,” katanya pada perasmian Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Perniagaan Cina Kelantan di sini malam tadi.

Teks ucapannya dibaca Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Hadir sama Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, Dato’ Oie Poh Choon, ketua-ketua pertubuhan serta wakil Persatuan Tiong Hwa. – HARAKAHDAILY 20/2/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9833-59-penghulu-bukan-islam-di-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Gagal laksana janji punca PH merosot

KOTA BHARU: Masyarakat Cina di sini menganggap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kurang memberangsang kerana gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas. Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan Dato’ Oie Poh Choon berkata, rata-rata masyarakat bukan Melayu di sini tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH. Katanya, kegagalan melaksanakan manifesto […]

Subscribe US Now