6 projek bernilai RM150 juta bakal dilaksana AKSB

webmaster
Hanifa (kanan) menyampaikan cek wasi Takaful Kifalah kepada penerima di Pejabat Dun Pengkalan Pasir.

PASIR MAS – Sebanyak enam buah projek membabitkan nilai berjumlah RM150 juta bakal dilaksanakan dibawah Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) pada tahun hadapan.

Exco Infrastruktur dan Utiliti, Datuk Hanifa Ahmad berkata, projek tersebut akan mula dilaksanakan pada Febuari atau Mac sekiranya mendapat persetujuan bersama dari Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga Hijau dan Air (KeTTHA).

“Kita telah mengadakan pertemuan dan perbincangan serta mengemukakan cadangan berkaitan dengan projek menaik taraf perkhidmatan air di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Cek Wasi Takaful Kifalah di Pejabat Dun Pengkalan Pasir.

Menurutnya, projek tersebut melibatkan pembinaan loji-loji baharu dan menukar batang-batang paip bagi memastikan mutu perkhidmatan ASKB turut dipertingkatkan.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.- SINAR HARIAN 14/12/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tiada riak berketurunan raja

RANTAU PANJANG – Bangga dan rasa syukur diluahkan rakyat apabila Sultan Muhammad V diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, kelmarin. Penduduk, Fakhrurrozi Fauzi berkata, walaupun lahir dalam keluarga diraja, baginda tidak menunjukkan sebarang perbezaan status. Menurutnya, saat Baginda mencemar duli ke Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau sinonim dengan […]

Subscribe US Now