6 WARGA UPKN JUNJUNG KASIH ATAS KURNIAAN PINGAT

KOTA BHARU – Enam warga Urus setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) menjunjung kasih atas kurniaan pingat bersama 639 penerima Anugerah Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan.

Tengku Mahkota Kelantan YTM Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra ibni almarhum Sultan Ismail Petra berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Bagi Tahun 2022 Kali Ke-2 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-53 di Istana Balai Besar, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam UPKN Azimi Mahmood, 59, mendahului senarai lima staf UPKN menzahirkan rasa terharu atas penghargaan tersebut.

Beliau yang berkhidmat selama 32 tahun menerima pingat Seri Mahkota Kelantan (SMK) diikuti wartawan Nik Azman Nik Mustafa, 59, dikurniakan pingat Ahli Kelantan.

Seterusnya, Ketua Pembantu Tadbir Hazami Muhammad, 51, yang menerima Pingat Bakti amat terharu atas kurniaan itu dan menganggapnya sebagai motivasi untuk terus berkhidmat cemerlang.

Dua buah Pingat Setia (PS) dikurniakan kepada Pembantu Juruteknik Saffuan Hamzah, 52, dan Pembantu Tadbir Suhaimi Abd Hadi, 58.

Manakala Pemandu Kenderaan Rasmi Jabatan Che Amzan Mat Daud, 56, menerima Pingat Taat.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kehormatan Kebesaran itu berlangsung dua hari pada 12 dan 13 Februari.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg

Sumber

(Visited 31 times, 6 visits today)

Add Comment