60 penuntut YIK selamat tiba di Kaherah

KOTA BHARU – 60 penuntut Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboğa di Ankara, Turki pada Sabtu lepas, selamat tiba di Kaherah, Mesir, pada kira-kira 9 malam  waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).

IMG_3939Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Penilaian dan Peperiksaan YIK Ahmad Pakhruddin Deraman yang mengiringi kumpulan penuntut berkenaan ke Mesir.

“Alhamdulillah, pelajar sampai di Mesir dan kita harap tak ada kebimbangan dari anggota keluarga mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Aidilfitri di sini, hari ini.

Sabtu lepas, seramai 60 penuntut YIK yang berusia dalam lingkungan 18 dan 19 tahun, dilaporkan terkandas ketika transit di lapangan terbang itu sebelum memasuki Mesir, berikutan cubaan rampasan kuasa oleh segelintir anggota tentera Turki bagi menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Bagaimanapun, Erdogan dipetik sebagai berkata bahawa cubaan rampasan kuasa itu gagal dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.

Kumpulan penuntut YIK akan menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang seperti perubatan dan pengajian Islam di beberapa universiti di Mesir seperti Universiti Al-Azhar dan Universiti Iskandariah. – Bernama

(Visited 7 times, 1 visits today)

Add Comment