60 peratus graduan KIAS dapat kerja

webmaster

KETIKA ramai pelajar lepasan universiti dan kolej mengganggur, namun Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) pula mencatat hampir 60 peratus graduannya mendapat pekerjaan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pencapaian itu begitu membanggakan semasa kegawatan ekonomi melanda negara sekarang.

Katanya, ramai graduan lepasan pengajian tinggi sekarang sukar mendapatkan pekerjaan.

“Ini membuktikan graduan KIAS  berkualiti serta mampu memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

“Oleh itu kita berharap KIAS terus memainkan peranan yang lebih holistik dan melakukan pelbagai strategi untuk mempastikan kebolehpasaran graduan,” katanya pada istiadat konvokesyen KIAS di sini semalam.

Seramai 270 graduan KIAS berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma menerima sijil disampaikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Majlis KIAS berkata, sebahagian besar pelajar lepasan diploma memilih menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. – HARAKAHDAILY 21/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PKINK Dianugerahkan 'Sijil Audit Bersih' Dari Jabatan Audit Negara (JAN)

KOTA BHARU – Bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 11 Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah diadakan sesi Exit Conference bagi membentangkan isu-isu yang dibangkitkan mengenai Penyata Kewangan PKINK berakhir pada 31 Disember 2016. Hasil daripada sesi Exit Conference tersebut, PKINK sekali lagi telah dianugerahkan Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran […]

Subscribe US Now