Rakyat Kelantan cerdik politik, tahu menilai

webmaster

KOTA BHARU – Pas Kelantan yakin dengan ‘kecerdikan politik’ rakyat negeri ini malah tidak ada sebab untuk mereka menolak kerajaan yang ada hari ini sedangkan sebelum ini menyambut baik pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Setiausahanya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sehingga hari ini kerajaan negeri tidak pernah lari daripada dasar dan pelaksanaan yang dilakukan Nik Abdul Aziz menyebabkan tidak ada alasan untuk mereka beralih arah.

“Rakyat Kelantan sebagaimana kita sedia maklum merupakan golongan yang celik politik, kalau selama ini pendirian mereka teguh, kita yakin dalam suasana politik semasa kini pun mereka tetap setia dan memberi sokongan kepada kerajaan Pas untuk terus mentadbir negeri ini.

“Walaupun sepanjang tempoh itu, pelbagai tuduhan, fitnah, pandangan yang tidak baik dilemparkan, namun kita lihat kerajaan negeri teguh dan rakyat tetap memberi sokongan kepada Pas untuk terus mentadbir Kelantan,” katanya kepada media, semalam.

Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu berkata, tidak mudah untuk rakyat ‘bertukar’ kepada Umno jika dilihat kepada krisis dalaman dan pelbagai skandal yang sedang dihadapi parti itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun kecil, namun semua ancaman terhadap kerajaan negeri dipandang serius dan pihaknya akan berusaha menanganinya dengan cara terbaik tanpa ada rasa panik kerana yakin rakyat akan pertahankan kerajaan Kelantan yang merupakan satu-satunya kerajaan Islam di dunia.

“Kita mengambil kira semua aspek, dan saya mengambil kesempatan untuk menasihatkan ahli Pas yang agar tidak memberi ruang kepada mana- mana pihak Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menjatuhkan kerajaan Islam,” katanya.

Mengulas khabar angin Amanah bakal meletakkan calon di Dun Wakaf Bharu, Che Abdullah berkata, beliau berharap rakyat tidak mudah memberikan sambutan dan sokongan, malah jangan membiarkan wujud ruang untuk mana-mana pihak masuk dan memecahbelahkan parti.

Sabtu lalu, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya yakin dapat merampas Kelantan pada PRU14 selepas mengambil kira faktor ketiadaan bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kekecohan dalam Pas dengan Amanah. [SINAR HARIAN 3 DISEMBER 2015]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hutang kerajaan kini berjumlah RM623.3 bilion

KUALA LUMPUR – Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani. “Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang,” katanya […]

Subscribe US Now