6750 ISTERI BAKAL TERIMA SKIM CAKNO SURI

oleh Norzana Razaly

Kerajaan Negeri Kelantan terus mengotakan satu per satu janjinya demi kebaikan dan kesejahteraan hidup rakyat negeri ini.

Bagi meraikan penghargaan kepada suri rumah atas segala pengorbanan mereka dalam melahirkan dan membentuk generasi hari ini, Kerajaan Negeri memperkenalkan Skim Cakno Suri.

Seramai 6,750 suri rumah di seluruh Kelantan bakal menerima bantuan sekali bayar (one off) RM 100.00 bertujuan meringankan beban mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Suri rumah berusia 54 tahun ke bawah, sudah berkahwin dan tidak bekerja sebaliknya mempunyai tanggungan anak tiga orang dan ke atas serta berpendapatan isi rumah RM 1,500 sebulan dipilih sebagai penerima skim tersebut.

Nantikan kupasan rinci menerusi hantaran seterusnya.- UPKN KELANTAN 17/1/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment