70 NGO berhimpun bantu kerajaan Kelantan

webmaster

SEBANYAK 70 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan berhimpun di Hotel Grandriver View pagi ini bagi menghasilkan satu persefahaman, kerjasama selain memperkukuhkan hubungan kerajaan negeri.

Majlis yang dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Dato’ Abdullah Ya’kob dianjurkan oleh Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO bersama Konfederasi NGO Kelantan (KNK).

Bertemakan ‘Pendayaupayaan NGO Kelantan’ juga bertujuan menyediakan forum besar dan platform kepada semua badan bukan kerajaan terlibat bagi mewujudkan hubungan dua hala antara NGO dan kerajaan negeri.

“Ia bertujuan memberi idea serta pandangan dalam usaha kita membantu pihak kerajaan merealisasikan agenda kesejahteraan rakyat,” kata Pegawai Kesejahteraan Rakyat dan NGO Kelantan, Muhammad Anas Kamaruldin.

Menurutnya, satu resolusi akan dihasilkan bagi merealisasikan hasrat itu dan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Dr Ramli Mamat.

Logo 2017 bermula dengan pembentangan oleh Penasihat Persatuan Anak Kelantan Di Perantau Malaysia, Dr. Wan Nik Wan Yusof; Fellow Gerakan Bersih Rakyat Kelantan, Abdul Aziz Yunus dan Presiden International Federation For Relief & Development (IFRD), Husin Ismail. – HARAKAHDAILY 17/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jangan cela pusat tahfiz: Mohd Amar

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan meminta semua pihak tidak menyalahkan pusat tahfiz semata-mata jika berlaku sebarang kecelakaan yang meragut nyawa termasuk kes terbaharu di Kuala Lumpur melibatkan 23 maut. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kejadian yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Jalan Keramat Kuala Lumpur […]

Subscribe US Now