77 kertas kerja dibentang pada MISK 2019

KOTA BHARU: Sebanyak 77 kertas kerja dibentangkan ahli akademik dan ulama dari seluruh dunia sempena Muslimah International Summit Kelantan (MISK) 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata, kehadiran mereka memberi manfaat kepada kerajaan negeri bagi mendepani cabaran semasa.

Katanya, hasil dari pembentangan itu boleh digunakan sebagai asas terhadap sebarang tindakan serta program kerana ia berpandukan fakta serta kajian.

“Persidangan ini terbuka kepada semua pihak. Mereka boleh dengar dan tanya sendiri secara terus di persidangan ini. Kita lebih memahami kebanyakan yang terlibat merupakan pembuat dasar di Kelantan.

“Sebab itu kita ada Majlis Perundingan Wanita Parlimen (MPWP). Kita harap mereka merangka gerak kerja di kawasan masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan MISK 2019 di Hotel Grand Riverview (GRV) di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 25/6/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11677-77-kertas-kerja-dibentang-pada-misk-2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment