77 kertas kerja dibentang pada MISK 2019

webmaster

KOTA BHARU: Sebanyak 77 kertas kerja dibentangkan ahli akademik dan ulama dari seluruh dunia sempena Muslimah International Summit Kelantan (MISK) 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata, kehadiran mereka memberi manfaat kepada kerajaan negeri bagi mendepani cabaran semasa.

Katanya, hasil dari pembentangan itu boleh digunakan sebagai asas terhadap sebarang tindakan serta program kerana ia berpandukan fakta serta kajian.

“Persidangan ini terbuka kepada semua pihak. Mereka boleh dengar dan tanya sendiri secara terus di persidangan ini. Kita lebih memahami kebanyakan yang terlibat merupakan pembuat dasar di Kelantan.

“Sebab itu kita ada Majlis Perundingan Wanita Parlimen (MPWP). Kita harap mereka merangka gerak kerja di kawasan masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan MISK 2019 di Hotel Grand Riverview (GRV) di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 25/6/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11677-77-kertas-kerja-dibentang-pada-misk-2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Dasar MBI jadi rujukan antarabangsa

KOTA BHARU: Penganjuran Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2019 dianggap menjadi medan bagi ilmuwan dan intelektual merungkai permasalahan, cabaran dan isu semasa yang melibatkan golongan wanita. Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, kerajaan Kelantan berbangga kehadiran delegasi antarabangsa untuk berkongsi pengalaman dengan kerajaan negeri. Katanya, mereka begitu menghargai dan teruja melihat […]

Subscribe US Now