80 peratus sampel etak tercemar

webmaster

imageRANTAU PANJANG – Sebanyak 80 peratus daripada 25 sampel kerang dikenali etak, dikhuatiri tercemar akibat penjualnya tidak mematuhi Akta Makanan.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Ahmad Razin Datuk Ahmad Maher berkata, kajian kebersihan dan keselamatan dijalankan tahun lalu, melibatkan etak yang dijual di jalanan sekitar Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.

Menurutnya, 64 peratus etak berkenaan dikesan mengandungi E.coli, 12 peratus bakteria salmonella dan empat peratus bacillus cereus.

Dalam pada itu katanya, lima peratus daripadanya turut mengandungi plumbum iaitu sejenis logam berat melebihi peraturan ditetapkan.

“Saya nasihatkan pengguna agar berhati-hati sekiranya membeli etak salai kerana ia dikategorikan sebagai makanan separuh masak.

“Ini kerana makanan yang tidak dimasak sepenuhnya dikhuatiri masih mempunyai mikroorganisma,” katanya.

Beliau berkata, antara faktor penyumbang kepada kejadian ini ialah disebabkan pencemaran sungai oleh aktiviti manusia dan aktiviti pertanian.

Sebaiknya, Ahmad Razin berkata, etak yang dibeli dimasak sepenuhnya seperti masak lemak, atau merebus sendiri di rumah.

Bagi tahap kebersihan di kedai pula katanya, pengguna perlu memilih gerai yang bersih dan mengelak daripada membeli etak dari tepat pameran makanan yang tidak tertutup.

Paling penting katanya, pengguna perlu membudayakan diri agar tidak membeli makanan yang dibungkus dengan kertas bercetak sepertimana pelbagai kempen dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri sebelum ini.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya belum membuat sebarang kajian terhadap etak dari Sungai Golok.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan penurunan paras air di Sungai Golok dan menjadi viral di laman sosial sehingga ada yang mengambil kesempatan mencari etak dan mandi manda di sungai berkenaan.

-Sinar Harian

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

70 pengusaha jagung alami kerugian RM100,000‎

TANAH MERAH – Tujuh puluh pengusaha jagung di Projek‎ Tanaman Jagung Manis Berkelompok di Kampung Paloh di sini mengalami kerugian kira-kira RM100,000 selepas tanaman mereka terjejas akibat cuaca panas berikutan fenomena El Nino. Ia disebabkan tanaman berkenaan tidak mendapat bekalan air mencukupi kerana parit yang mengairi kawasan penanaman seluas 56 […]

Subscribe US Now