Kosong tangki septik syarat baharui lesen

webmaster

KOTA BHARU: Premis perniagaan yang gagal mengosongkan tangki septik sekurang-kurangnya tiga tahun sekali lesen perniagaan mereka tidak akan diperbaharui.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata peraturan itu dibuat memandangkan rakyat Kelantan masih di tahap rendah mengurus sistem pembentungan lebih teratur.

“Situasi ini akan menjejaskan kesihatan masyarakat memandangkan kebanyakan kita menggunakan air dari sumber bawah tanah.

“Tidak mustahil suatu hari nanti air yang kita guna dari bawah tanah bercampur dengan bahan buangan kerana sistem pembentungan tidak diurus dengan baik,” katanya selepas pelancaran e-Perakuan dan penyampaian cabutan sedut dan menang di sebuah hotel di sini semalam.

Pada program itu seramai 20 pelanggan Majaari yang menyertai pertandingan memenangi hadiah termasuk motosikal Modenas, peti sejuk, televisen, dapur masak dan barangan letrik.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ahmad Zakie Ahmad Shariff. –HARAKAHDAILY 11/1/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pusat Diminta Timbang Permohonan KIAS

KOTA BHARU: Sebelum ini permohonan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dinaik taraf kepada kolej universiti dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Perkara itu dijelaskan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob ketika berkunjung ke Sri Perdana di Putrajaya sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, […]

Subscribe US Now