90 PERATUS PEKERJA TBSB ANAK KELANTAN

PASIR PUTEH – 90 peratus daripada 218 pekerja di Pangkalan Bekalan Tok Bali atau Tok Bali Supply Base (TBSB) adalah orang Kelantan.

“Mereka terdiri daripada tenaga kerja mahir dan pekerja am yang kebanyakannya adalah penduduk setempat yang berada di sekitar kawasan Tok Bali,” kata Penolong Pengurus Sumber Manusia dan PentadbiranTBSB Anita Ibrahim.

Muhammad Syahir Mat Zain, 26 yang bekerja sebagai IT Eksekutif di TBSB berkata, beliau yang sebelum ini lima tahun bekerja di Petaling Jaya berasa cukup bertuah kerana berpeluang pulang berkhidmat di negeri sendiri .

“Ramai yang kata tiada peluang pekerjaan di Kelantan, tetapi hakikatnya bukan begitu kerana peluang yang ada adalah banyak, cuma yang penting ialah usaha untuk mencari dan merebut peluang tersebut,” katanya ketika ditemui di pejabatnya pada 27 Februari lalu.

Sementara itu, Nadia Alisya Ahmad Tarmizi, 23 yang berasal dari Kuala Krai dan merupakan seorang graduan lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang juga turut menzahirkan rasa syukur kerana dapat menyumbang bakti di tanah kelahiran sendiri.

Beliau yang pada asalnya menjalani latihan industri di TBSB selama lima bulan telah diambil bekerja oleh pihak TBSB dalam bidang Teknologi Maklumat sejurus sahaja tamat menjalani latihan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Sumber

(Visited 34 times, 6 visits today)

Add Comment