AKSB bersiap hadapi musim kemarau

PASIR MAS: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membuat persiapan awal menghadapi musim kemarau sekarang bagi mengelakkan bekalan air terjejas kepada pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Kelantan Datuk Hanifa Ahmad berkata AKSB membuat persediaan awal menghadapi keadaan tersebut.

“Alhamdulillah sehingga kini belum lagi timbul masalah bekalan air. Bahkan ketika kemarau pada 2012 AKSB tidak melakukan catuan air.

“Kita pakat berdoa supaya tidak berlaku kemarau panjang di Kelantan sehingga boleh menjejaskan bekalan air,” katanya pada majlis penyampaian pampasan kepada penduduk di sini hari ini.

Pada program itu 35 pemilik tanah membabitkan 18 lot di Chetok menerima pampasan ekoran tanah mereka terlibat dengan pembinaan telaga jejari.

Hadir sama Adun Chetok Abdul Halim Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif AKSB Sanusi Othman dan Timbalan Ketua Jajahan Pasir Mas Ruslan Hassan.

Sebanyak RM556,100 dibayar kepada pemilik tanah terbabit. –HARAKAHDAILY 19/1/2016

(Visited 10 times, 2 visits today)

Add Comment